• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Dilanggar Tayar Lori Di Manjung

oleh Ahmad Albab
04/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG – Hasrat seorang ibu untuk menghantar rombongan perkahwinan anaknya tidak kesampaian apabila maut dilanggar tayar sebuah lori yang bergolek setelah tercabut daripada kenderaan itu di hadapan rumahnya di Kilometer 12 Jalan Ayer Tawar-Beruas, Kampung Bakar Bata sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Mariaty Bakar, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kejadian berlaku apabila tayar pada sebuah lori tercabut sebelum melantun ke bahu jalan dan melanggar wanita tersebut.

“Kami sedang mengesan jenis kenderaan berat yang terlibat itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Maisuri Ahmad, 24, berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di dalam rumah sementara ibunya sedang mencantas pokok bunga di luar rumah.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah. Saya pergi ke luar rumah dan melihat ibu saya telah terbaring di atas rumput.

“Saya terus berlari ke arah ibu dan terkejut apabila melihat kaki kanan dan tangan kirinya patah sementara darah mengalir dari kedua-dua telinganya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Maisuri berkata tayar yang melanggar ibunya sangat besar sehingga memerlukan lebih enam orang untuk mengangkatnya ke dalam lori pihak polis semalam.

Dalam pada itu, Maisuri berkata dia dan suaminya pulang ke rumah ibunya semalam untuk menyertai rombongan perkahwinan kakaknya Mazni, 27, yang berlangsung di rumah pihak lelaki Ahad ini.

“Nampaknya hajat ibu untuk mengikuti rombongan kahwin di sebelah lelaki tidak kesampaian dan kami sekeluarga reda dan menerima pemergiannya,” katanya.

Sementara itu, suami mangsa, Mahamad Ajmi Ahmad, 64, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya semasa berada di rumah ibunya di Kampung Batu 19 di sini dan bergegas pulang tanpa mengetahui isterinya telah meninggal dunia.

“Dalam perjalanan pulang saya nampak ambulans menghala ke Beruas. Saya rasa tidak sedap hati menunggang laju untuk melihat apa yang berlaku dan apabila tiba saya lihat orang ramai berada di kawasan rumah dan luluh hati saya melihat keadaan isteri ketika itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: mautWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd