• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Sasar Lahir 40,000 Usahawan Baharu Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk melahirkan 40,000 usahawan baharu dalam pelbagai bidang pada tahun depan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani berkata pelbagai program komprehensif dilaksanakan bagi tujuan tersebut.

“Sasaran ini dijangka dapat dicapai berikutan kejayaan program berkenaan sebelum ini,” katanya semasa merasmikan program Gegar Aspirasi Usahawan Perlis 2014 di sini hari ini.

Katanya antara bidang yang diceburi usahawan ialah peruncitan, tekno usahawan, pembuatan dan kontraktor.

Beliau berkata di Perlis, Mara membelanjakan RM15.2 juta untuk membantu 139 usahawan tempatan mengukuhkan perniagaan mereka dan pinjaman berjumlah RM19.6 juta diberikan kepada 215 usahawan pada tahun lepas.

Hampir 3,000 usahawan menyertai Program Gegar Aspirasi Usahawan Perlis 2014 selama dua hari bermula semalam dan mempamerkan pelbagai produk terutamanya daripada perusahaan kecil dan sederhana. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd