• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada Pulang Ahad Ini

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKUT, bimbang dan berbahaya. Itu yang digambarkan apabila berita mengenai seorang rakyat Malaysia yang dianggap sebagai perogol bersiri diusir dari Kanada selepas tamat menjalani hukuman penjara selama 24 tahun.

Selva Kumar Subbiah, 56, selesai menjalani hukuman pada 29 Januari lalu atas 19 kesalahan serangan seks, 24 kesalahan dadah dan 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk serangan dan peras ugut.

Media Canada menjangkakan Selva Kumar akan dihantar ke Malaysia pada Ahad ini namun tidak didedahkan waktu ketibaan bekas perogol bersiri itu.

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada Pulang Ahad Ini

Dia dikatakan pernah belajar di Pulau Pinang dan pernah digambarkan sebagai penganggu dan suka bertengkar oleh seorang pengawas sekolah yang masih mengingatinya.

Selva Kumar tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap namun diberikan visa pelajar dan pelawat serta mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.

Menerusi sebuah blog jenayah Can Crime, seorang pegawai polis bersara Canada, Brian Thomas, yang pernah ditugaskan menyiasat Selva memberi amaran lelaki itu akan menjadi ancaman kepada masyarakat apabila kembali ke Malaysia.

Selva yang merupakan penganut agama Yahudi dilabelkan sebagai penjenayah seks paling berbahaya di Kanada itu dikatakan akan terus melakukan jenayah walaupun usianya yang semakin meningkat.

“Kita perlu ingat, ini bukan mengenai seks. Ia tentang kuasa dan kawalan. Dia adalah kuasa dan kawalan sepenuhnya ke atas mangsanya,” katanya yang mendakwa Selva daripada keluarga yang kaya di Malaysia.

Brian turut mendedahkan serbuan di dalam rumah Selva menemui gambar dan video mangsa serta beberapa buku termasuk sebuah buku besar berwarna hitam dan merah yang tercatit markah untuk setiap mangsanya.

Katanya, menganggarkan kira-kira 1,500 nama dan gambar wanita ditemui di dinding serta mendapati mangsa adalah wanita muda dan ada di antara mereka terdiri daripada isteri anggota polis, peguam dan wartawan.

Jelasnya, ramai mangsa tidak sedar mereka diberikan dadah kerana khayal selepas diperdaya dengan pelbagai ‘watak’ seperti ejen bagi model, pengeluar filem atau penari profesional.

Brian berkata, Selva Kumar mempunyai rakan subahat wanita yang juga dari keluarga berada dan menyifatkan wanita itu muda, menarik, berambut perang, berpakaian kemas dengan nama samaran Laura.

Katanya, Laura akan bertindak mendekati wanita muda untuk mempelawa mereka bekerja bagi majikannya.

Bagaimanapun, suspek wanita itu tidak didakwa kerana dia bersetuju memberi keterangan bagi menghadapkan Selva Kumar ke mahkamah, sesuatu yang mengecewakan polis.

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada Pulang Ahad Ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan akan melakukan pemantauan terhadap bekas perogol bersiri itu dan akan mengambil keterangan sebaik tiba di negara ini.

Khalid berkata, tidak ada undang-undang yang membolehkan polis terus memantau atau menyekat kebebasan Selva namun pihaknya mempunyai cara untuk memantau mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: canadaPerogol Bersiriselva kumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

Perogol Bersiri Potong Organ Seks Mangsa Dengan Pisau

24/04/2018
0

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya lapan wanita dengan menggunakan pisau dan pemutar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd