• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat Jangan Sembarangan Tanya – Pandikar Amin

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota-anggota Parlimen yang suka bertanyakan soalan melibatkan dasar, semasa sesi soal jawab, dan soalan yang tidak mempunyai matlamat jelas.

Beliau berkata wakil rakyat tidak sepatutnya bertanya soalan dasar yang memerlukan jawapan panjang daripada kementerian, sehingga membazirkan masa satu setengah jam yang diperuntukkan untuk sesi itu.

“Saya serius, saya akan pinda peraturan mesyuarat di mana anggota Parlimen tidak boleh bertanya soalan melibatkan dasar.

“Jadi ayuh sama-sama disiplinkan diri, kalau bertanya jangan sembarangan tanya, fikir dulu kerana ada masa 14 hari, soalan itu apa matlamat sebenarnya.Selepas itu menteri jawab kepada perkara yang dibangkitkan sahaja,” tegasnya.

Teguran itu dibuat semasa giliran Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) yang mengemukakan soalan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sasaran 55 peratus penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada penghujung tahun 2015 dapat dicapai dan pencapaian dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun kemudian mengambil masa kira-kira 11 minit untuk menjawab soalan itu.

Chew berkata sehingga Mei lalu sebanyak 14 peratus atau 3,266 daripada keseluruhan 23,335 ahli lembaga pengarah di syarikat awam adalah wanita.

“Kita belum mencapai sasaran yang ditetapkan dan walaupun telah dicapai pun kita akan meneruskan usaha untuk menambah kedudukan wanita dalam masyarakat,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Pandikar Amin Mulia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Said, Pandikar Amin Masuk PKR?

06/09/2019
0

KOTA KINABALU - Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia...

Pandikar Amin, Roosme Kemuka Bantahan Awal Isu RUU 355

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd