• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Amin, Roosme Kemuka Bantahan Awal Isu RUU 355

oleh
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah mengemukakan bantahan awal terhadap saman pemula bekas Anggota Parlimen Sungai Benut Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Pandikar Amin dan Roosme kepada pemberita selepas berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan hari ini.

Shamsul berkata beliau berhujah saman itu bersifat akademik dan tiada isu yang perlu dibicarakan berikutan penggal Dewan Rakyat ke-13 telahpun berakhir.

“Sekarang (penggal) Parlimen baharu dan speaker baharu. (Justeru) Tiada isu yang masih tinggal untuk mahkamah ini putuskan,” katanya.

Sementara itu, peguam Rosli Dahlan yang mewakili Mohamed Tawfik, berkata beliau berhujah isu RUU 355 bukan bersifat akademik dan perlu didengar oleh mahkamah.

“Hadi tidak pernah menarik balik usul itu dan banyak ura-ura yang menyatakan RUU 355 cuba dibentangkan sekali lagi. Justeru, isu berkenaan masih belum tamat,” katanya dan menambah keputusan bantahan itu akan dibuat oleh mahkamah pada 14 Nov.

Pada 22 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said menolak permohonan Pandikar Amin dan Roosme untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Mohamed Tawfik berhubung isu sama selepas mendapati mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan.

Mohamed Tawfik memfailkan saman pemula pada 31 Mac 2017 berhubung RUU 355 yang dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat.

Beliau memohon perisytiharan bahawa usul Abdul Hadi untuk meminda undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, prosedur dan Perintah Tetap Dewan Rakyat.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa cadangan pindaan itu dibuat tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Plaintif menegaskan bahawa mengikut Perintah Tetap 49 dan/atau 48, Yang Dipertua tidak boleh membenarkan RUU 355 dibahaskan di Dewan Rakyat tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. – BERNAMA

Tags: Pandikar Amin MuliaRoosmeRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd