• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Kajian Bank Dunia Punca Tun M Buat Pusingan ‘U’

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian Bank Dunia yang mengiktiraf bantuan kewangan untuk kebajikan keluarga adalah antara punca Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pusingan U dalam kenyataan bekas perdana menteri itu berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Perdana menteri berkata Mahathir sedia maklum kajian oleh penyelidik Bank Dunia dan Stanford membuktikan bahawa bantuan kewangan secara terus biasanya dibelanjakan secara berhemah seperti kebajikan keluarga, bukan menyebabkan mereka malas seperti dakwaannya.

“Bantuan kewangan seperti BR1M diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya dapat meringankan beban sara hidup mereka,” kata Najib dalam catatan terbaru beliau dalam blog www.najibrazak.com hari ini.

Faktor itu, kata Najib antara empat sebab mengapa Mahathir yang sebelum ini sering menyifatkan BR1M sebagai ‘dedak’, membuat pusingan-U dengan menyatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M sekiranya dapat memerintah negara.

Faktor kedua, katanya adalah berikutan bantuan kewangan seumpama itu banyak dijalankan di negara-negara seluruh dunia dan diperakui pakar-pakar ekonomi sebagai langkah pemangkin ekonomi.

“Ketiga, bantuan kewangan juga dilaksana oleh rakan-rakan pembangkang pemimpin lama ini (Mahathir) seperti Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali yang memberi wang masuk sekolah anak-anak Selangor dan (Ketua Menteri) Lim Guan Eng yang memberikan bantuan kewangan rakyat miskin di Pulau Pinang.

“Keempat, BR1M diberikan kepada golongan berpendapatan rendah tidak kira ideologi politik. Kita tidak suruh mereka undi Barisan Nasional, lainlah kupon Azmin yang terdapat muka beliau pada kupon wang tersebut. Malah kerajaan negeri Selangorlah banyak memberi insentif wang,” katanya.

Berikutan empat faktor itu, Najib menjelaskan pemimpin lama itu tiada pilihan lain melainkan membuat pusingan-U dalam pendiriannya.

“Kita semua tahu pusingan-U yang dibuat oleh Mahathir ini bukanlah kali pertama,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MNajib Tun RazakTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd