• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Bantah Cadangan P.Pinang Dijadikan W.Persekutuan

oleh
02/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata beliau tidak bersetuju dengan sebarang cadangan untuk Pulau Pinang dijadikan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata kenyataan berkaitan perkara itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah berunsur hasutan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak bersetuju dengan cadangan seumpama itu. Pulau Pinang ialah sebuah negeri dalam persekutuan dan beliau (Tengku Adnan) mahu menghilangkan kewujudan kami mengikut lunas undang-undang. Seperti yang saya katakan, saya tidak akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang yang terakhir. Kami tidak akan menyerahkan Pulau Pinang.

“Kenyataan ini boleh disifatkan sebagai hasutan kerana ia mengancam integriti dan perpaduan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di sini.

Lim berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai cadangan itu, terutama sekali kerana tiada sebarang perbincangan dibuat mengenainya.

“Ini langsung tidak masuk akal dan saya terkejut bahawa beliau membuat kenyataan seumpama itu, terutama sekali tanpa berunding terlebih dahulu dengan negeri-negeri yang terlibat,” katanya.

Dalam temu bual dengan stesen radio berteraskan kandungan perniagaan, BFM pada 1 Feb, Tengku Adnan berkata beliau mahu perluaskan wilayah persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.

Negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan Tengku Adnan mendakwa dengan pembabitan kerajaan persekutuan, negeri terbabit akan mendapat lebih peruntukan dan lebih perhatian.

Ketika ini di bawah Wilayah Persekutuan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPulau PinangWilayah Persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd