• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Troli Pasar Raya, Lelaki Dipenjara Dan Didenda

oleh
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hari ini dihukum penjara sehari dan didenda RM500 selepas mengaku bersalah mencuri sebuah troli di sebuah pasar raya dan gagal menunjukkan kad pengenalan, Selasa lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM250 bagi pertuduhan mencuri terhadap S. Mani, 54, dan denda RM250 kerana gagal menunjukkan kad pengenalan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Jan lepas dan akan dipenjara 15 hari lagi jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh telah mencuri sebuah troli milik pasaraya Aeon Big, Midvalley, Brickfields, di sini, pada 11.37 pagi, 31 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Dia juga gagal menunjukkan kad pengenalan di tempat dan tarikh sama mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan berkata: “saya minta maaf, saya kurang sihat…saya tidak bekerja hanya jual besi dan curi troli untuk dijual”.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal.

Di mahkamah sama, seorang wanita Lee Cheong How, 36, didenda RM1,500 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, di hadapan Hotel Eastern, Jalan Raja Laut, di sini, pada 11 malam, 26 Jan lepas.

Lee didakwa menawarkan khidmat seks itu dengan bayaran RM60 untuk sekali perkhidmatan mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala pendakwaan memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Tags: Kes Curi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd