• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 3 Jam Dikepung, Jamal Yunos Ditahan Polis

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos telah ditahan pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam insiden ceroboh dan pencurian di sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lalu.

Beliau ditahan di kediamannya di sini, Khamis, selepas kediamannya dikepung beberapa orang pihak polis berpakaian awam selama lebih tiga jam.

Jamal, yang juga Ketua Umno Sungai Besar kelihatan keluar dari kediamannya sekitar jam 3 petang dengan menaiki motosikal serta melambai-lambai orang ramai termasuk jiran tetangga.

“Semuanya baik sahaja,” katanya kepada jiran-jiran beliau.

Jamal kemudiannya memasuki kenderaan polis dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

Baca: Isu Pusat Judi Haram: Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Jamal ditahan, namun berkata bahawa sebuah laporan terperinci akan dikeluarkan nanti.

Sebelum ini, Jamal telah merancang untuk mengadakan sebuah sidang akhbar di luar balai polis Ampang tersebut pada pukul 3 petang, hari ini.

Melalui jemputan media, Jamal telah menyatakan bahawa 12 orang pengikutnya telah ditahan sehubungan aduan-aduan yang dibuat olehnya berkenaan isu perjudian haram di Ampang Jaya.

Pada Disember tahun lalu, Jamal dan penyokong kumpulan Baju Merah dilaporkan ‘menyerbu’ beberapa premis perniagaan dengan mendakwa premis terbabit menjadi pusat aktiviti haram dan maksiat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan. – MYNEWSHUB.CC

 

 

 

 

Tags: Jamal Md Yunospolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd