• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Saki-Baki ‘Geng Mamak’ Di Lembah Klang

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memperhebatkan usaha memburu saki baki kumpulan penjenayah ‘Geng Mamak’ yang dipercayai bukan saja masih bergerak aktif tetapi juga sedang merekrut anggota baharu.

Usaha ini termasuk meningkatkan risikan ke atas geng itu dan menyiasat latar belakang anggota-anggotanya yang masih bebas bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Jenayah Siasatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Mohd Khalil Kader Mohd berkata demikian kepada pemberita di Hospital Ampang dekat sini selepas melawat seorang pegawai polis yang cedera dalam kejadian tembak menembak antara dua anggota geng itu dan polis di Taman Melawati Selasa lalu.

Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 59 tahun berasal dari Grik, Perak, yang dipercayai anggota ‘Geng Mamak’ maut manakala seorang rakannya cedera di pinggang selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis.

Seorang pegawai polis berusia 32 tahun cedera tangan kiri akibat ditembak.

Mohd Khalil menegaskan dalam insiden itu, polis telah mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi tindakan penjenayah yang berbalas tembakan dengan polis menyebabkan seorang pegawai polis cedera.

Menurutnya pegawai dan anggota polis memang telah dilatih untuk menghadapi keaadan-keadaan yang genting seperti itu.

Geng Mamak yang telah lama bergerak, banyak terlibat dengan kes samun, termasuk rompakan bank, dan mencuri kereta mewah. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd