• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Borang Pencalonan PRK DUN Tanjong Datu Dibeli – SPR

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 14 borang pencalonan bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu telah dibeli setakat hari ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah.

Beliau berkata borang berkenaan dibeli oleh tujuh individu termasuk wakil daripada Barisan Nasional (BN) menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini.

“Tujuh individu itu masing-masing membeli dua set, menjadikan jumlah 14 set borang telah dibeli,” katanya ketika dihubungi Bernama petang ini.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya, yang juga ketua menteri kelima Sarawak Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lepas.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

Takun berkata sebanyak 250 kakitangan SPR akan terlibat dalam PRK DUN Tanjong Datu itu nanti.

SPR menetapkan 12 Februari bagi pengundian awal dan 18 Februari bagi pengundian sekiranya ada pertandingan. – BERNAMA

Tags: PRK Tanjong DatuSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd