• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Dadah ‘Mr. X’ Dedah Rangkaian Narkotik Malaysia

oleh
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kejayaan Polis Diraja Thailand menangkap seorang daripada pengedar dadah utama Asia Tenggara, Xaysana Keopimpha, baru-baru ini membolehkan banyak maklumat dibongkar.

Ini termasuk mengenai rahsia operasi rangkaian yang diketuai warga Laos itu. Xaysana yang dikenali sebagai ‘Mr. X’ disifatkan sebagai raja dadah rantau ASEAN oleh pihak berkuasa Thailand.

Ia berikutan kedudukannya sebagai peneraju rangkaian dadah di rantau ini. Suspek berusia 41 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini pada 19 Januari lalu.

Pihak berkuasa Thailand berkata bahawa Xaysana juga mempunyai kepentingan perniagaan dalam pelbagai bidang di Laos, termasuk perhotelan, kilang papan dan pengedaran kereta.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB), Leftenan Jeneral Sommai Kongvisaisuk, berkata antara maklumat yang dicungkil daripada ‘Mr. X’ itu ialah berkaitan hubungannya dengan sindiket dadah Malaysia.

“Semua kes (besar) membabitkan sindiket yang pernah cuba menyeludup dadah dari Thailand untuk masuk ke Malaysia itu menjurus kepada pembabitan Xaysana.

“Sindiket Malaysia berkenaan memperoleh dadah daripada rangkaian Xaysana,” kata Sommai dalam wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Baca: Polis Thailand Giat Buru Raja Dadah Malaysia

Raja Dadah 'Mr. X' Dedah Rangkaian Narkotik Malaysia

Katanya, siasatan menunjukkan sindiket Malaysia itu menjadi dalang dalam cubaan 21 rakyat Malaysia pada Mac tahun lalu untuk menyeludup 226 kilogram (kg) syabu dan 8 kg heroin dengan menggunakan kereta api.

Beliau berkata, 15 daripada lelaki itu ditangkap pihak berkuasa Thailand ketika dalam perjalanan dengan kereta api ke Butterworth dari Bangkok, manakala enam yang lain ditahan ketika menuju ke sempadan dengan sebuah van.

Katanya, mereka dikenakan pertuduhan dan sedang menunggu untuk dibicarakan.

“Kami terus siasat untuk cungkil lebih banyak maklumat. Kami jejaki sindiket itu hingga bawa kepada penangkapan baharu. Semua menunjukkan terdapat kaitan dengan sindiket dadah yang sama dari Malaysia,” katanya.

Dalam satu operasi susulan pada 30 Mac tahun lalu, pihak berkuasa Thailand menahan dua rakyat Malaysia yang menaiki dua kereta bersama 282 kg syabu di pusat pemeriksaan imigresen Sadao dan siasatan mendapati ia juga ada kaitan dengan rangkaian Xaysana.

Katanya, pihak berkuasa Thailand meneruskan siasatan mereka dan menggagalkan satu lagi cubaan untuk menyeludup 500 kg syabu ke Malaysia pada 17 Disember lalu berikutan penangkapan tujuh rakyat Thailand di Chumphon.

“Semua kes ini mempunyai kaitan antara satu dengan lain serta didalangi sindiket yang sama dari Malaysia dan siasatan menunjukkan ia membabitkan Xaysana,” kata Sommai, sambil menjelaskan bahawa dua rakyat Malaysia yang ditangkap di Chumphon pada 11 Disember itu juga mempunyai kaitan dengan sindiket itu.

Dalam operasi di Chumphon, pihak berkuasa Thailand mendapati 52.4kg heroin tulen dan 41kg syabu disorok dalam kereta mereka dan dadah itu dirancang untuk diseludup ke Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dadahMr X
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd