• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Dipukul Guru Kerana Tidak Tahu Membaca

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAIKIPIA (Kenya) – Seorang kanak-kanak 10 tahun mati semalam selepas dipukul seorang guru kerana tidak tahu membaca.

Guru berkenaan dikatakan turut mengarahkan murid lain memukul mangsa.

Polis masih memburu guru terbabit yang dilaporkan menyembunyikan diri selepas kematian kanak-kanak berkenaan, Joy Wangari, murid sebuah sekolah rendah di sini.

Ibu Wangari, Mary Wanjiku memberitahu media tempatan: “Seorang murid yang duduk di sebelah anak saya disuruh mengajarnya membaca dan memukulnya jika dia tidak boleh.

“Guru kelas mula memukul belakang anak saya apabila mendapati dia tidak boleh membaca.”

Menurut ibu bapa lain, anak mereka juga didesak memukul Joy oleh guru itu sebagai cara dia melindungi kekejamannya.

Selepas dipukul, murid berkenaan mengadu kepada guru besar dan dia dibenarkan pulang.

Seorang jiran, Ann Wairimu berkata, dia menziarah kanak-kanak itu pada hari berkenaan.

“Dia kelihatan lemah dan mengadu sakit dada dan belakang. Joy berkata, dia dipukul guru dan rakan sekelasnya,” kata Ann.

Empat hari selepas serangan itu, keadaan Joy semakin teruk dan dia dihantar ke hospital.

Malangnya, dia meninggal dunia ketika dirawat. – Agensi/myMetro Online

Tags: Gurukanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd