• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Hasutan 1948 Akan Dikekal Dan Diperkuat

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuat dan ditambah baik lagi.

Perdana Menteri berkata, dua lagi aspek tambahan akan dimasukan ke dalam akta itu bagi mengukuhkan keamanan negara ini.

“Dua perkara yang saya lihat tidak ada dan akan dimasukan ialah pertama, memasukan peruntukan untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain dan keduanya tindakan ke atas sesiapa yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar pada Persekutuan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Kenyataan beliau itu mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun beramai-ramai bagi memperlihatkan sokongan padu di atas keputusan itu.

Najib berkata, keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan dicapai selepas beliau mendapat maklum balas daripada banyak pihak di dalam parti, kerajaan serta pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, langkah pengukuhan itu akan menghasilkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni.

Sebelum ini pembangkang mengerakan usaha agar Akta Hasutan dihapuskan seperti mana yang dilakukan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perkara itu bagaimanapun ditolak majoriti rakyat dan pelbagai pihak yang melihat ketiadaan akta itu mampu menyebabkan negara menjadi huru-hara.

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd