• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadir Jasin Terlebih Makan Dedak Mahathir – PAS

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas wartawan yang kini menjadi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A. Kadir Jasin sememangnya anti-PAS sejak muda hingga tua.

Naib Pesiden PAS, Idris Ahmad bekata, A. Kadir semakin hebat menghentam PAS sejak menyertai PPBM kerana terlalu lama ‘makan dedak’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan.

“Datuk (A. Kadir) hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi datuk sepatah pun tidak sebut nama Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak,” sindirnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada penulisan terbaru A. Kadir menerusi laman blognya bertajuk “Umno-PAS: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?”

A. Kadir dalam penulisan itu membangkitkan tentang sejarah kurang enak yang pernah berlaku antara UMNO dan PAS dengan mengaitkan nama-nama bekas tokoh UMNO dan PAS.

Malangnya, nama Mahathir selaku Pengerusi PPBM tidak disentuh oleh beliau walhal Mahathir antara bekas pemimpin tertinggi UMNO yang paling kuat mengecam PAS pada zaman tersebut.

Beliau dipercayai menyiarkan penulisan itu bagi mengoyahkan hubungan yang kian pulih antara UMNO dan PAS sejak negara ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PPBM sebelum ini cuba memujuk PAS kembali bersengkongkol dengan sekutunya Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO tetapi ditolak PAS. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kadir jasinPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd