• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Maut Gara-Gara Jubah Ibu Tersekat Di Eskalator

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu muda terjatuhkan anaknya pada ketinggian 40 kaki selepas jubah labuhnya tersadung di eskalator sebuah pusat beli-belah di Uzbekistan.

Insiden malang itu menyebabkan bayi yang tidak diketahui jantina dan umur itu maut dalam kejadian.

Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden menyayat hati itu berlaku di pusat beli-belah di O’zbegim, bandar Andijan.

Menerusi rakaman kamera pengawasan (CCTV) dari pusat beli-belah itu, ibu muda yang tidak didedahkan identitinya itu memakai jubah berwarna hitam sedang menuruni eskalator.

Dia turut mendukung bayinya di tangan kanan manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya. Difahamkan jubah yang dipakai wanita itu tersekat pada eskalator terbabit.

Ini menyebabkan dia tersadung ke hadapan dan bayi dalam kendongnya terlucut dari tangannya jatuh ke lantai pusat beli-belah tersebut dari ketinggian 40 kaki bersama bangunan empat tingkat.

Pasukan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian bagaimanapun gagal menyelamatkan nyawa mangsa. Video kejadian itu telah dimuat naik ke media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Setengahnya menyalahkan si ibu yang menjadi punca kematian mangsa, selain menyalahkan pemilihan pakaian yang dipakai oleh wanita itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eskalatormaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd