• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Api Rempuh Honda Milik ‘Pemandu Bodoh’

oleh AK-47
01/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA parkir di landasan, sebuah kereta jenis Honda Civic rosak akibat dilanggar kereta api di Pelabuhan Klang, Selangor, tengah hari semalam.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial memaparkan bampar kereta berwarna putih itu tercabut selepas dilanggar kereta api kerana menghalang laluan.

Tren milik KTMB itu yang membawa muatan barangan terpaksa mengundur semula apabila melihat kenderaan tersebut tetapi terpaksa ‘melanggar’ kereta itu bagi meneruskan perjalanan.

Difahamkan, pemilik kereta yang berusia 56 tahun itu meletakkan kenderaannya di dalam kawasan larangan meletak kenderaan kira-kira jam 9.30 pagi sebelum ke Pulau Ketam.

Bagaimanapun, ketika kejadian berlaku KTMB gagal mencari pemiliknya selepas kereta api yang merempuh kenderaan tersebut melalui landasan kira-kira jam 1 petang.

Pemandu lokomotif itu bertindak membuat laporan polis selepas kejadian berlaku.

Media tempatan melaporkan, pemilik kenderaan telah melakukan kesalahan mengikut Seksten 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana meletakkan kereta di kawasan pagar diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api.

Difahamkan, pemilik kenderaan menyedari kejadian tersebut selepas pulang dari Pulau Ketam pada jam 4 petang dan membuat laporan polis.

Netizen mengecam tindakan pemandu kereta itu yang tidak peka dengan keadaan sekeliling sebelum memarkir kenderaan.

“Kalau aku, aku saman pemilik kereta tu. Ingat landasan kereta api tu tempat parking ke?” tulis Ucop Van.

Keretapi Rempuh Honda Milik 'Pemandu Bodoh'
Keretapi Rempuh Honda Milik ‘Pemandu Bodoh’

Ada juga netizen yang memuji tindakan pemandu kereta api yang berusaha untuk mengundur dan memikirkan kesan daripada rempuhan ke atas kereta berkenaan.

“Haaa tu makanan dia! Respect pemandu kereta api ni. Dalam keadaan begitupun dia masih berusaha untuk meminima kesan kerosakan,” tulis Fazil Nadzri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: keretakereta apiPELABUHAN KLANGrempuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd