• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arsenal Mara Selepas Atasi Dortmund

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Arsenal mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara untuk musim ke-15 berturut-turut apabila jaringan pertama Yaya Sanogo untuk kelab itu dan gol Alexis Sanchez memberi kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund awal pagi tadi.

Pasukan Arsene Wenger amat memerlukan kemenangan dalam saingan Eropah untuk mengembalikan semangat selepas kekalahan berturut-turut kepada Swansea dan Manchester United yang menyebabkan ia ketinggalan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sanogo mengambil masa kurang daripada dua minit untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dalam penampilan ke-18 selepas perpindahan percuma dari Auxerre pada 2013.

Jaringan cantik pada separuh masa kedua oleh Sanchez memastikan kelab utara London itu yang hanya memerlukan satu mata untuk mara dari Kumpulan D, sekali lagi layak ke peringkat kalah mati dalam saingan elit bola sepak Eropah itu.

Arsenal masih boleh merampas tempat teratas kumpulan dari Dortmund jika menang pada perlawanan terakhir di Galatasaray pada 9 Disember dan pasukan Jerman itu tewas kepada Anderlecht. – AFP

Tags: Arsenal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd