• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KLIA Rampas Syabu Bernilai RM4.1 Juta Dalam Ekzos

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan kegiatan menyeludup dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 22kg bernilai RM4.1 juta yang disorokkan di dalam 16 unit ekzos kenderaan menggunakan khidmat kurier.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata kesemua eksoz tersebut diletakkan di dalam dua kiriman bungkusan tiba di kargo udara KLIA pada 17 Nov lepas dari Guangdong, China sebelum diedarkan ke syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya.

Beliau berkata satu daripada bungkusan itu dituntut seorang wanita, yang merupakan seorang suri rumah, berumur 34 tahun berasal dari Negeri Sembilan pada 8.30 pagi, Khamis lepas.

“Wanita tersebut ditahan dan hasil pemeriksaan menemui tujuh unit ekzos yang di dalamnya terdapat methamphetamine seberat 9.6kg, bernilai RM1.8 juta,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Suri rumah itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Chik Omar berkata susulan penahanan wanita itu, pihaknya menunggu individu lain menuntut satu lagi bungkusan namun selepas dua hari tiada yang tampil.

“Justeru kita memeriksa bungkusan tersebut dan menemui methamphetamine seberat 12.4kg bernilai RM2.3 juta dalam sembilan unit ekzos. Kita percaya individu itu mengetahui tangkapan sebelum ini,” katanya, sambil menambah alamat yang tertera pada bungkusan itu didapati palsu.

Sementara itu, Chik Omar berkata methamphetamine seberat 2.1kg bernilai RM402,040 pula ditemui disorokkan dalam satu unit kompresor peti sejuk serta dua unit penapis minyak yang diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dirampas pada dua hari lepas.

Beliau berkata bungkusan itu tiba di Pos KLIA di sini dari Nigeria pada 17 Nov lepas dan sepatutnya dihantar kepada seorang penerima di kawasan Golden Villa, Klang oleh ejen penghantaran namun tiada yang tampil menuntut bungkusan tersebut.

Nombor telefon yang tertera pada bungkusan itu juga gagal dihubungi dan alamat didapati palsu sebelum ia diserahkan kepada Kastam KLIA dan diperiksa, katanya. – BERNAMA

Tags: KastamSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd