• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu Siasatan Terperinci Tragedi Bot Karam

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden bot katamaran yang membawa 28 pelancong China dan tiga kru karam di perairan Sabah.

Perdana Menteri menegaskan buat masa ini tumpuan sepenuhnya harus diberi kepada usaha mencari dan menyelamat enam lagi mangsa yang masih hilang.

“Saya pandang serius tragedi bot karam di Sabah, dan saya mahu siasatan terperinci dilaksanakan untuk kenal pasti punca kejadian,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter.

Beliau seterusnya menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan demi memastikan keselamatan.

Bot jenis katamaran yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China itu dilaporkan karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada Sabtu.

Ia ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, destinasi pelancongan kira-kira 56km di barat laut Kota Kinabalu, selepas meninggalkan jeti Tanjung Aru di ibu negeri Sabah itu.

Semalam, 20 pelancong itu diselamatkan, tiga mati lemas manakakala tekong dan kru terselamat.

Operasi mencari dan menyelamat enam lagi mangsa diteruskan hari ini melibatkan badan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, dengan dibantu dua aset dari negara jiran Brunei Darussalam. – BERNAMA

Tags: botCatamaranDatuk Seri Najib Tun RazakPulau Mengalum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zaid Dedah Cara PPBM `Mainkan’ Pakatan, PAS

Next Post

Hanez Buat ‘Surprise Birthday’ Suami, Bercuti Bersama

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Hanez Buat 'Surprise Birthday' Suami, Bercuti Bersama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd