• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengerusi Tetap PAS Kedah ‘Cemuih’ Dengan PAS?

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tetap PAS Kedah, Datuk Abu Kasim Abdullah pernah melahirkan rasa bosan dengan krisis dan adab dalam parti itu yang didakwa semakin terhakis.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ridzwan Abu Bakar mendakwa, Abu Kasim membuat kenyataan itu sewaktu berucap dalam satu ceramah anjuran PAN.

“Abu Kasim pernah berceramah di atas pentas PAN. Isi kandungan ceramah beliau ialah melahirkan rasa ‘cemuih’ terhadap krisis dan juga adab dalam parti PAS yang makin terhakis.

“PAN Kedah sentiasa bersikap lapang dada dan membenarkan pentasnya digunakan oleh semua pihak yang memperjuangkan Islah dan pembahruan,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ridzwan berkata, PAN sentiasa bersikap terbuka untuk setiap orang menyatakan prinsipnya dan tidak akan mengamalkan budaya melabel dan mentakfirkan sesiapa.

Beliau bagaimanapun mengakui, Abu Kasim belum memohon menjadi ahli PAN, tetapi pernah menyertai beberapa program lain anjuran parti itu sebelum ini.

Kenyataan Ridzwan itu dipercayai antara modus operandi serangan habis-habisan yang sedang dilancarkan Pakatan Harapan dalam usaha memburuk-burukkan imej PAS di mata rakyat.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang PAS selepas gagal memujuk parti itu supaya bersengkongkol dengan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAS yang disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh PKR dan DAP kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam menolak pujukan itu kerana menyifatkan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan sebagai anti-Islam. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd