• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekong, Kru Bot Hilang Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tekong dan seorang kru bot membawa pelancong China yang hilang ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu semalam, ditemui selamat sebentar tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui antara perairan Pulau Tiga dan Pulau Samarang di sini, jam 2 petang tadi. Bagaimanapun, nasib 28 pelancong dan seorang lagi kru bot berkenaan belum diketahui.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Rahim Ramli, ketika dihubungi berkata, dua mangsa itu ditemui oleh bot lain milik syarikat pelancongan yang menguruskan bot dinaiki mangsa.

“Maklumat tidak rasmi daripada agensi pelancongan terbabit memaklumkan tekong dan seorang kru bot ditemui selamat.

“Saya belum boleh memberi pengesahan kerana belum menemui sendiri mangsa yang ditemui selamat,” katanya.

Bot berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini, untuk ke Pulau Mengalum, kira-kira sejam setengah perjalanan dari sini pada jam 9 pagi semalam, namun tidak tiba semula ke jeti sama sehingga malam tadi.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pemilik bot pada jam 9.50 malam tadi sebelum operasi SAR diaktifkan jam 10.15 malam. – Berita Harian

Tags: bot
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd