• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Kerjaya, Dr. Soo Wincci Belum Sedia Bercinta

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANDANGKAN usianya bakal memasuki 32 tahun, pelakon dan penyanyi jelita, Dr. Soo Wincci pastinya tidak dalam lari ditanya mengenai soal mendirikan rumah tangga.

Pun begitu, bagi Miss World Malaysia 2008 ini dia akui masih belum bersedia mendirikan perkahwinan termasuk menjalinkan hubungan cinta.

Jelas Soo Wincci, dia terpaksa mengetepikan soal itu kerana mahu merealisasikan impiannya dalam kerjaya seni dan pengajiannya.

“Jujur kata saya ingin mempunyai kekasih hati namun buat masa ini, saya perlu mengetepikan soal cinta selama beberapa tahun demi mencapai impian saya.

“Sekarang, tanggungjawab saya bertambah besar selepas menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah, apatah lagi mendirikan rumah tangga yang bebanannya lebih berat.

“Ibu dan bapa sentiasa bertanyakan soal perkahwinan namun, saya terpaksa berterus terang kerana enggan memberi harapan kepada mereka,” katanya kepada BLING!.

Sebelum ini, Soo Wincci pernah memberitahu, dia tidak akan berkahwin sekiranya impiannya untuk mendirikan universiti sendiri belum lagi tercapai.

Mengikut ramalan kalender masyarakat Cina, tahun ayam api ini dipercayai merupakan waktu terbaik untuk mencari pasangan buat individu yang masih bujang dan mendirikan rumah tangga bagi pasangan kekasih. – MYNEWSHUB.CC

Tags: soo wincci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Soo Wincci Akui Sunyi Solo, Tak Nak Terburu-Buru

05/04/2017
0

RAMAI rakan selebriti seangkatan dengannya telah pun melangkah ke fasa baharu iaitu alam rumah tangga. Namun Ratu Cantik Malaysia 2008,...

Soo Wincci Bercita-Cita Mahu Menang Anugerah Juara Lagu

11/11/2016
0

PETALING JAYA - Selepas berjaya bergelar doktor falsafah (PhD), penyanyi dan pelakon Soo Wincci menyimpan impian baharu iaitu berhasrat memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd