• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Kelantan Semakin Pulih Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih pagi ini apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 410 orang setakat 8 pagi berbanding 1,163 orang malam tadi.

Sebanyak 15 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa di Jajahan Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi inforbanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 171 mangsa daripada 39 keluarga di tujuh pusat pemindahan di Kuala Krai, diikuti 96 orang (25 keluarga) di tiga pusat pemindahan di Jeli.

Di Gua Musang, terdapat 76 orang (20 keluarga) di dua pusat pemindahan, 42 orang (10 keluarga) di dua pusat pemindahan di Tanah Merah dan 25 mangsa (5 keluarga) di sebuah pemindahan di Pasir Puteh.

Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini meningkat sedikit kepada paras 25.66 meter(m) berbanding 25.55m malam tadi, masih melepasi paras bahaya 25m.

Namun paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada 9.49 m berbanding 9.52 m malam tadi (paras bahaya 9.00 m). – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd