• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Tren Intercity Laluan Selatan Pulih Hari Ini

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren Intercity Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan selatan yang mengalami gangguan sejak Rabu lepas, kembali pulih hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Unit Komunikasi Korporat KTMB bagaimanapun berkata perjalanan tren akan mengalami sedikit kelewatan kerana tren perlu diperlahankan di kawasan yang dibaik pulih.

“Bagi laluan pantai timur, perkhidmatan tren masih mengalami gangguan dan terkini berlaku tanah runtuh di laluan antara Kuala Lipis-Chegar Perah di Km 250,” kata KTMB.

Susulan kejadian itu, perkhidmatan tren No. 26 dan No. 27 (Tumpat-JB Sentral-Tumpat) hanya beroperasi di laluan JB Sentral-Jerantut dan Kuala Krai-Tumpat.

KTMB berkata penumpang akan dibawa menggunakan bas bagi laluan Jerantut-Kuala Krai.

Tren ‘shuttle’ pantai timur (Kuala Lipis-Gua Musang-Dabong-Kuala Krai-Tumpat) pula beroperasi antara laluan Kuala Krai-Tumpat sahaja.

“Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan layak menerima pemulangan tambang penuh bagi semua perkhidmatan tren pantai timur yang terjejas. Tuntutan boleh dibuat sebelum tren atau bas berlepas,” kata KTMB.

Untuk maklumat lanjut penumpang boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my. – BERNAMA

Tags: KTMBtren
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd