• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di Sebalik Spekulasi, UMNO Sabah Sedia Hadapi PRN Awal

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Namun begitu, katanya, keutamaan UMNO Sabah kini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dalam memastikan kerajaan sedia ada dapat terus dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 an seterusnya.

“Buat masa kini, tiada sebarang keputusan mengenai pilihan raya awal. Walaupun ini hanya spekulasi, namun kami yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada,” katanya yang juga Bendahari UMNO selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Sabah akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang Pilihan Raya Umum pada 2018.

Perdana menteri selepas mesyuarat MT hari ini menyangkal cakap-cakap itu dengan berkata ia hanya spekulasi.

Ketika diminta mengulas cabaran Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Salleh berkata parti itu hanyalah sebuah parti baharu yang tidak mempunyai sokongan akar umbi.

“Ini merupakan kali pertama Warisan akan bersaing dengan UMNO di Sabah dan saya yakin masyarakat Sabah akan mengekalkan kerajaan sedia ada yang mempunyai rekod cemerlang,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Sementara itu anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata tiada keperluan yang mendesak untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal di Sabah kerana kedudukan parti itu ketika ini dalam keadaan stabil.

“UMNO Sabah optimis dan yakin kita masih mendapat sokongan penuh masyarakat Sabah, tiada masalah kepada kita sekiranya pilihan raya awal diadakan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd