• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Tionghua Pulau Raya Sambut Dalam Bah

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Sebelas keluarga Tionghua penduduk Kampung Pulau Raya di sini, terpaksa menggunakan bot untuk urusan harian berikutan jambatan yang menghubungkan pulau itu dengan Kampung Jelatok, ditenggelami air Sungai Kelantan.

Tahun Baharu Cina esok akan disambut dalam keadaan begitu di Kampung Pulau Raya yang merupakan kampung tradisional yang hanya dihuni 53 penduduk kaum Tionghoa.

Seorang penduduk, Wee Poo Khan, 52, berkata jambatan itu ditenggelami air sejak empat hari lepas berikutan air banjir dari kawasan hulu sungai itu mengalir ke kawasan berkenaan.

“Penduduk dari kampung lain yang mempunyai urusan di Kampung Pulau Raya juga perlu menggunakan bot untuk ke sini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Wee berkata beberapa buah bot milik penduduk kampung berkenaan disediakan untuk mereka berulang-alik ke Kampung Jelatok atau destinasi lain termasuk bandar Tanah Merah dan tidak akan menjejaskan sambutan perayaan.

“Namun kami terpaksa berhati-hati menggunakan bot kerana arus sungai masih deras,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Jelatok, Lee Kim Kuan, 51, berkata bot yang disediakan oleh penduduk memudahkan beliau dan keluarganya menziarahi sanak saudara yang tinggal di Kampung Pulau Raya.
Kebiasaannya kami ke sana (Kampung Pulau Raya) menaiki kereta tetapi kali ini terpaksa menggunakan bot dan mengharungi arus deras Sungai Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd