• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suspek Kes Bunuh Pasangan Warga Emas

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 30-an ditahan di sekitar Kuala Ketil semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kematian sepasang suami isteri warga emas di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Dalam kejadian antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari semalam, Zahari Yahya, 66 dan isterinya Salmah Husin, 61 yang merupakan pesara kerajaan ditemui mati terbaring secara berasingan dalam rumah mereka dengan kesan tetakan di bahagian tengkok dan belakang.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata suspek ditahan hasil siasatan terhadap anak angkat lelaki mereka yang berusia 24 tahun yang menjumpai mayat mangsa selepas pulang daripada kerja pada pukul 12.20 tengah hari semalam.

“Semalam kita telah ambil keterangan daripada anak angkat mangsa dan hasil daripada itu kita telah menahan seorang suspek yang juga merupakan kenalan kepada anak angkat mangsa. Mungkin ada suspek lain yang terlibat dan kita masih menyiasat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Zakaria berkata polis juga masih menyiasat motif pembunuhan kerana setakat ini pihaknya mendapati tiada barang berharga yang hilang.

“Barang kemas di badan mangsa tidak ada yang hilang tapi dipercayai ada barang kemas dalam simpanan mangsa yang hilang tapi kita belum pasti sama ada ianya hilang sebelum atau masa kejadian.

“Suspek ditahan reman mulai hari ini hingga 2 Dis bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd