• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Untuk PAS Telah Tamat! – PAN

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan masa telah tamat untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menunggu kerjasama PAS.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan dan PPBM yang diketuai DAP tidak boleh berlengah lagi untuk merangka strategi bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“PAN berpandangan bahawa kita (PH dan PPBM) telah cukup terbuka dan telah menunaikan tanggung jawab besar bagi menyatukan parti-parti pembangkang. Masa telah tamat dan kita tidak boleh berlengah.

“Pertengahan Februari adalah garis penamat untuk Pakatan Harapan dan PPBM membuat keputusan muktamad,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dan PPBM sebelum ini cuba memujuk PAS untuk bersengkongkol dengan mereka bagi menumbangkang UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

PAS yang pernah disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh DAP dan PKR kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam menolak pujukan itu.

Pakatan Harapan dan PPBM kembali memujuk PAS bermula awal tahun ini selepas menyedari sokongan umat Islam ke atas mereka mula berkurangan.

Salahuddin berkata, semua pihak telah menyaksikan keterbukaan pimpinan PKR dan DAP menghulurkan salam permuafakatan untuk menerima PAS dalam gabungan pembangkang.

“PAN yakin dan percaya rakyat semakin faham dan boleh menjadi hakim bahawa parti manakah yang konsisten menolak meja perundingan dan parti manakah yang konsisten berpadu dan bermaufakat untuk menentang BN,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASPPBMSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd