• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 9 Tahun Antara 3 Ditahan Edar Dadah

oleh AK-47
28/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pihak polis menumpaskan satu sindiket dadah menggunakan kanak-kanak untuk mengedar syabu atau methamphetamine berikutan penahanan tiga orang suspek.

Ini termasuk seorang budak perempuan berusia 9 tahun di Flat MPS Karamunting, di sini, pada Rabu lalu.

Asisten Superintendan Mohd. Azhar Hamin berkata, serbuan yang dilakukan oleh pasukannya telah berjaya merampas ketulan hablur disyaki syabu dengan berat 1, 050 gram (1.05kg) daripada ketiga-tiga suspek tersebut.

Mereka yang ditahan merupakan seorang wanita berusia 37 tahun, remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun dan budak perempuan sembilan tahun.

Kesemua suspek dicekup di tangga di antara dua buah lot kedai di tingkat bawah bangunan flat tersebut.

Tambah Azhar lagi, hasil tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat orang awam.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta polis bandar telah melakukan intipan di kawasan itu sebelum serbuan dibuat.

“Ketulan hablur itu dianggarkan berjumlah RM70,000 dalam pasaran.

“Wanita berusia 37 tahun merupakan pemegang kad IMM13 manakala kanak-kanak itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Ketiga-tiga suspek dipercayai mempunyai pertalian,” jelasnya.

Tambah Azhar lagi, rampasan itu merupakan yang terbesar bagi tahun ini di daerah itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: NST

Tags: kes dadahSindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd