• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruang Seluasnya Buat SPRM Buru Pesalah Rasuah

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ruang seluas-luasnya untuk menyiasat, menggeledah dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam gejala rasuah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata usaha proaktif itu perlu diberi sokongan dan kerajaan membuka ruang sepenuhnya kepada SPRM menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang disyaki terlibat termasuk ahli politik.

“SPRM bukan hanya sekadar ‘diperundangkan’ tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu sesiapa sahaja sama ada ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan.

“Bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya memberikan ruang sepenuhnya untuk SPRM, bukan sekadar menyiasat tetapi menggeledah semua maklumat yang diperolehi serta mengambil tindakan segera ke atas semua pertuduhan,” katanya mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Khamis seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada 38 ahli mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN di sini, Jumaat.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Dzulkifli dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah mengetepikan perhatian terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan rasuah, sebaliknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik berkenaan.

Timbalan perdana menteri berkata SPRM mempunyai peruntukan undang-undang yang luas untuk menjalankan siasatan termasuk melakukan penggeledahan dan mereka seharusnya menggunakan ruang tersebut untuk mengambil tindakan berdasarkan hak yang telah diperundangkan.

Mengenai RELA, Ahmad Zahid berkata dengan keanggotaan melebihi tiga juta, jabatan itu perlu bergerak ke arah menjadi tenaga kesukarelawan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu pasukan keselamatan lain mempertahankan keselamatan negara.

Peranan RELA juga perlu terus relevan dalam memberikan perkhidamatan berdasarkan situasi semasa, namun perkara asas seperti memberi bantuan ketika banjir harus diperhebat kerana ia merupakan pendekatan ‘berpaksikan rakyat’ yang telah memberikan imej baik kepada jabatan, katanya.

Pada majlis itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim mengetuai pemakaian pangkat membawa gelaran Ketua Pesuruhjaya RELA Kehormat. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRMZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd