• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Import Beras Palsu – KKM

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa Malaysia konon mengimport beras palsu seperti yang tersebar dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Dakwaan isu itu mengatakan bahawa beberapa jenis beras dengan jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE adalah beras palsu yang dihasilkan daripada bahan plastik.

Menurut KKM menerusi satu kenyataan rasmi, pihak Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) telah mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras dengan jenama terbabit.

Jelas kenyataan tersebut, hasil pemantauan KKM ke atas beras yang dijual di pasaran juga mendapati bahawa jenis beras dengan jenama terbabit yang didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini.

“Sepertimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan akhbar KKM pada 21 Mei 2015, beras diimport ke negara ini kebiasaannya daripada Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana dimaklumkan oleh BERNAS.

“Di samping itu, menurut BERNAS kesemua beras tersebut diimport secara pukal dan akan dibungkus semula di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan.

“Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat,” tambah kementerian itu.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Juga menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Tags: berasKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd