• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Menyamar Polis Ditahan Ketika Cuba Samun Kedai

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki yang menyamar sebagai polis ditahan ketika cuba menyamun sebuah kedai di Jalan Kulim, di sini, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Beliau berkata dua lelaki berumur 28 dan 34 tahun itu ditahan pada 4.30 petang semalam selepas berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan dan semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan kes lain.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada lelaki berkenaan yang lengkap memakai jaket pemantul cahaya dengan logo polis datang dengan kereta ke kedai itu sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Mereka mendakwa mahu mengambil sebuah motosikal milik pekerja di situ kononnya bagi membantu siasatan kes samun yang berlaku di daerah itu baru-baru ini,” katanya di sini, hari ini.

Katanya curiga dengan dakwaan dan tingkah laku dua lelaki itu, pekerja itu menghubungi balai polis berhampiran bagi memaklumkan berhubung kehadiran mereka.

Nik Ros Azhan berkata sebaik anggota polis tiba di kedai itu, kedua-dua lelaki berkenaan tergamam dan gugup serta gagal mengemukakan pengenalan diri sebagai anggota polis seperti didakwa mereka.

Katanya hasil pemeriksaan dalam kereta mereka, polis menemukan lima bilah pisau dan satu bilah pedang berukuran satu meter dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah samun serta rompak. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd