• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Didakwa Miliki Dadah, Senjata & Peluru

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki kerambit, empat batang paip bom buatan tanpa kebenaran, lapan butir peluru dan dadah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu, Teoh Boon Seng, 34, dan Yeoh Seok Tiang, 42, kerana mereka tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa memiliki satu senjata dijadualkan iaitu kerambit di dalam kereta di sebuah rumah No 15, Jalan Bangau 1, Taman Minamah, Nibong Tebal pada pukul 1 tengah hari, 12 Jan lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki bahan letupan iaitu empat batang paip bom buatan tanpa kebenaran di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga mereka dituduh memiliki lapan butir peluru hidup tanpa permit yang sah di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum menurut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka turut didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 12.65 gram di sebuah rumah No 15, Jalan Bangau 1, Taman Minamah, Nibong Tebal pada pukul 11 pagi, 12 Jan lepas.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39a(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau untuk satu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Feb untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat jurubahasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Selvaranjini dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kekasihkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd