• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok Akibat Banjir

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak 22 sekolah di Kelantan ditutup esok berikutan keadaan banjir yang belum pulih.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan sekolah terbabit melibatkan sejumlah 5,644 pelajar dan 646 guru.

Jumlah itu merangkumi tujuh sekolah di Jajahan Pasir Mas, empat sekolah di Jajahan Tumpat, enam sekolah di Jajahan Kuala Krai, tiga sekolah di Jajahan Tanah Merah dan dua sekolah di Jajahan Gua Musang.

Sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SK Bakong, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khay Boon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah, SABK Diniah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Di Jajahan Tumpat, sekolah yang ditutup ialah SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Telok Jering dan SABK Nurul Huda.

Sekolah yang ditutup di Jajahan Kuala Krai ialah SK Bahagia, SK Pemberian, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Sa’datul Qura.

Di Jajahan Tanah Merah pula sekolah yang ditutup ialah SK Ladang Kerilla, SK Sokor dan SMK Ladang Kerilla manakala di Jajahan Gua Musang ialah SK Lebir dan SK Pasir Linggi.

Penutupan sekolah berkenaan berikutan laluan ke sekolah ditenggelami air dan tidak selamat untuk pelajar dan guru selain dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir.
– BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd