• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Yakin Tangani Banjir Dengan Baik

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kementerian Kesihatan memiliki tanda aras pengurusan banjir yang tinggi dan mampu menangani bencana alam itu dengan baik di Kelantan tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pencapaian itu diperoleh melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibentuk sebelum ini hasil pengalaman menghadapi banjir luar biasa di Kelantan pada 2014.

“Daripada maklumat dan tinjauan yang dilakukan hari ini, didapati semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh dan tiada kerosakan besar dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas sesi taklimat banjir di Hospital Tengku Anis di sini hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata kerosakan membabitkan fasiliti dan ubat-ubatan bagi hospital, klinik kesihatan dan klinik desa sepanjang empat kali banjir di Kelantan sejak Disember lepas adalah RM1.7 juta.

Katanya kebanyakan kerosakan akibat banjir tahun ini berlaku di hospital dan klinik yang sebelum ini bukan terletak di lokasi jangkaan berlaku banjir seperti Hospital Tengku Anis dan Hospital Pasir Mas.

“Banjir yang melanda hospital, klinik kesihatan dan klinik desa adalah banjir kilat ekoran masalah sistem perparitan. Kami harap pihak berkuasa tempatan dapat memberi perhatian berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata satu analisis terperinci akan dilakukan bagi penyediaan kos baik pulih kerosakan fasiliti kesihatan di negeri itu.

Dr Noor Hisham juga berkata Jabatan Kesihatan Kelantan telah menguruskan keperluan pesakit berisiko termasuk mereka yang memerlukan rawatan hemodialisis, ibu mengandung dan warga emas.

Beliau berkata tiada penyakit berjangkit dilaporkan berlaku setakat ini berikutan langkah pencegahan yang dilakukan pegawai dari Jabatan Kesihatan di setiap daerah.

“Setakat ini kami amat berpuas hati dengan persediaan dan pencapaian yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Kelantan dan yakin banjir kali ini mampu ditangani dengan baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd