• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Selagi Banjir Tidak Surut, Kami Tidak Tidur Lena”

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – “Setiap kali hujan lebat, setiap kali itulah kami tidak tidur lena kerana risau sangkar ikan dihanyutkan arus deras. Kami tidak mahu peristiwa banjir besar pada 2014 berulang,” keluh pengusaha ikan sangkar Aminudin Mat Aris.

Aminudin, 43, berkata hujan lebat sejak dua hari lepas menyebabkan paras air Sungai Pahang di Temerloh meningkat secara mendadak yang memaksa hampir 200 pengusaha ikan sangkar di sepanjang sungai berkenaan sentiasa berwaspada.

“Sudah dua hari saya tidur di rumah rakit berhampiran sangkar ikan kerana bimbang air sungai terus meningkat. Kalau kami tidak berhati-hati sangkar ikan boleh hanyut atau dirempuh kayu balak yang hanyut,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Kejadian sangkar pecah dan hanyut semasa banjir tiga tahun lepas, katanya, merupakan pengalaman yang cukup perit bagi dirinya apabila terpaksa menanggung kerugian hampir RM250,000.

Semasa kejadian, beliau hanya mampu melihat sangkar ikannya dihanyutkan arus deras apabila tali yang digunakan untuk mengikat peralatan tersebut tiba-tiba putus.

Berdasarkan pengalaman itu, Aminudin berkata beliau kini lebih bersiap sedia dengan tali yang lebih kuat selain menarik sangkar berhampiran tebing untuk mengelak dihanyutkan arus deras.

Seorang lagi pengusaha ikan sangkar, Syed Hasan Syed Agil, 55, yang mempunyai 40 sangkar ikan di Sungai Pahang, berkata arus sungai yang deras juga boleh menyebabkan ikan ‘mabuk’ dan mati.

“Apabila musim tengkujuh dan banjir, perasaan kami sentiasa tidak tenteram apabila melihat air sungai meningkat setiap masa.

“Tetapi inilah cabaran yang terpaksa kami hadapi, kata orang kalau tidak berani menghadapi arus, jangan jadi penternak ikan sangkar,” katanya yang sudah 17 tahun mengusahakan ikan sangkar.

Beliau berkata apabila air surut nanti, cabaran lain pula menanti apabila air sungai akan menjadi masam yang boleh mengakibatkan ikan sangkar mati dan menyebabkan mereka mengalami kerugian. – BERNAMA

Tags: BanjirPengusaha Ikan SangkarTemerloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd