• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tiga Suspek Curi, Pecah Rumah Di Tawau

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah curi dan pecah rumah di sekitar daerah ini ditahan dalam tiga tangkapan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek pertama yang berusia 40 tahun, ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kedai di Taman Setia, Jalan Chong Thien Vun kira-kira pukul 1 pagi.

“Hasil pemeriksaan oleh polis yang sedang melakukan operasi di sekitar kawasan itu, mendapati suspek memiliki satu pisau lipat dan tujuh telefon bimbit yang dipercayai dicuri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dalam satu lagi operasi berasingan kira-kira dua jam selepas tangkapan itu, pihaknya berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 43 tahun di sebuah rumah kongsi di Batu 4, Jalan Apas.

“Siasatan awal mendapati suspek itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai terlibat dalam satu kes pecah masuk sebuah premis di Jalan Chong Thien Vun, pada 2 Jan lepas yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM2,140,” katanya.

Sementara itu, Fadil berkata hasil maklumat awam pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Apas kira-kira pukul 3.15 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah motosikal Honda Ex5 berwarna merah yang dipercayai dicuri disembunyikan di sebuah pondok berhampiran rumah suspek itu.

“Siasatan lanjut mendapati motosikal berkenaan dilapor hilang pada 22 Jan lepas.
Bagaimanapun, suspek mengaku tidak terlibat dengan kes curi motosikal itu dan hanya bertindak sebagai orang tengah mencari pembeli,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak mengenali antara satu sama lain. – BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd