• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Melawat Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini.

Baginda bersama isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam tiba pada 12.15 tengah hari.

Baginda kemudian meluangkan masa bertemu dan bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir dan melihat kakitangan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Tinggi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Baginda juga sempat pergi ke ruangan dapur di dewan itu bagi melihat secara dekat sajian yang disediakan sukarelawan bagi makan tengah hari.

Raja Zarith turut menyerahkan kira-kira 700 kit makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri kepada mangsa-mangsa terlibat.

Setakat 10.30 pagi tadi, seramai 825 mangsa banjir terdiri daripada 119 keluarga ditempatkan di dewan terbabit.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan di dewan berkenaan sedikit riuh hari ini.

Ini berikutan terdapat sekumpulan pegawai dan anggota psikologi daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang merangka pelbagai program untuk mangsa banjir bagi mengisi masa lapang serta mengurangkan tekanan mereka sepanjang berada di pusat pemindahan.

Menurut seorang daripada pegawai terlibat, Siti Maisarah Abdul Hamid, 32, aktiviti disediakan termasuk melibatkan acara mewarna, bermain congkak, dadu dan teng-teng bagi golongan kanak-kanak.

Untuk golongan dewasa, mereka turut menyediakan sokongan psikologi bagi menghilangkan rasa trauma akibat kejadian bencana ini.

“Melalui sesi intervensi, kami percaya mangsa sekurang-kurangnya boleh meluahkan perasaan yang terbuku, sekaligus tidaklah menyebabkan mereka berasa susah hati sepanjang masa,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirPermaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd