• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Ghairah Meneka Tarikh Pilihan Raya

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menggesa orang ramai terutamanya peramal politik supaya tidak terlalu ghairah meneka bila pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan diadakan.

“Orang ramai perlu bertenang dan tidak berlebih-lebih membuat spekulasi bila pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan diadakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan berita baru-baru ini yang membuat spekulasi bahawa beliau akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal daripada pilihan raya umum.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata adalah perkara biasa baginya untuk sering mengingatkan wakil rakyat BN supaya mereka turun padang dan bekerja keras ‘seolah-olah pilihan raya diadakan setiap hari.

“Saya selalu menekankan bahawa kami perlu sentiasa hadir berjumpa dengan orang ramai, mendengar masalah mereka dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.

“Ia bukan hanya sebelum pilihan raya, tetapi semasa dan selepas pilihan raya,” katanya.

Musa juga berpendapat bahawa artikel berbentuk spekulatif media adalah perkara biasa untuk menarik pembaca, terutamanya mereka yang dahagakan berita mengenai politik negara. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd