• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ceroboh: Wartawan, Jurukamera Asing Ditahan

oleh AK-47
25/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menahan seorang wartawan dan seorang jurukamera agensi berita dari Singapura, Channel NewsAsia kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) di Gua Musang hari ini.

Wartawan dan jurukamera itu dikesan menceroboh kawasan hutan itu dipercayai untuk membuat liputan televisyen berkaitan dengan kes kekecohan melibatkan kumpulan Orang Asli mendirikan halangan dan pondok secara haram di kawasan HSK berkenaan bagi tujuan mengganggu pengeluaran balak melalui kawasan itu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim berkata dua lelaki itu yang berumur 36 dan 46 tahun, dipercayai wakil sebuah agensi berita yang berpangkalan di Singapura ditahan pukul 9 pagi tadi.

“Mereka ditahan kerana disyaki memasuki hutan simpan kekal berkenaan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 47(1) Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993),” katanya kepada Bernama di sini.

Zahari berkata kedua-dua individu berkenaan masih ditahan untuk siasatan bagi mengetahui motif sebenar mereka masuk ke kawasan hutan simpan kekal berkenaan.

Semalam, lima individu dipercayai aktivis Orang Asli ditahan kerana disyaki menjadi dalang dalam perbuatan mendirikan halangan dan pondok secara haram di kawasan HSK di Gua Musang.

Kumpulan lelaki itu ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan untuk meroboh pagar halangan di laluan masuk ke HSK itu, membabitkan 133 orang pegawai dan anggota JPNK, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dan Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: ditahanJurukamerawartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd