• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Twit Cetus Tanda Tanya ‘Originality’ Rekaan Baju Fafau

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengguna laman mikro Twitter berkongsi satu foto yang memaparkan rekaan baju digayakan pengacara Fara Fauzana ketika menghoskan pertandingan berprestij tempatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 pada Ahad lalu.

Menerusi foto itu, individu yang menggelarkan dirinya sebagai Juju @arJUJUmand turut menulis status berbaur sinis seperti berikut; “Punya lah hebat rizalman ni sampai STEPHANE ROLLAND FALL 2013 tiru design dia. #proudmalaysian lol.”

Umum mengetahui baju yang disarung oleh Fafau pada malam tersebut direka oleh pereka tanah air terkenal Datuk Rizalman yang sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam industri fesyen.

Namun setelah tertularnya kicauan Twitter daripada individu bernama Juju ini, timbul pula kesangsian terhadap keaslian atau originality rekaan baju tersebut.

Twit Cetus Tanda Tanya 'Originality' Rekaan Baju Fafau

Twit Cetus Tanda Tanya 'Originality' Rekaan Baju Fafau
(Kiri) rekaan Stephane Rolland manakala kanan rekaan Rizalman

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa kelahiran Perancis; Stephane Rolland yang telah mengeluarkan rekaan itu sempena pertunjukan fesyen Haute Couture Fall Winter 2013-2014.

Pun begitu, setakat ini belum ada lagi penjelasan daripada pihak Rizalman berkaitan dengan baju yang digayakan oleh Fafau itu.

Terdahulu, baju penyanyi Dayang Nurfaizah yang juga direka oleh Rizalman ketika menyertai pertandingan AJL ke-30 menerima kritikan hebat malah dia juga dituduh meniru rekaan baju pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Namun tuduhan itu dinafikan oleh Rizalman sendiri yang menyatakan baju yang dipakai oleh Dayang pada pertandingan itu diinspirasikan daripada penyapu sihir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BAJUFaFaufara fauzanarekaanRizalman IbrahimStephane Rolland
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

30 Tahun Dalam Industri Fesyen, Rizalman Umum Bersara

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan bersara daripada industri itu selepas 30 tahun. Keputusan mengejut tersebut...

Permaisuri Agong Datang Memasak Di Rumah Rizalman

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd