• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kuching Jual Dara Anak RM3,000 Dipenjara

oleh AK-47
25/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Seorang ibu yang menjual keperawanan anak gadisnya yang berusia 13 tahun sebanyak RM3,000 telah dijatuhkan hukuman meringkuk dalam penjara selama 6 tahun, Isnin lalu.

Wanita berusia 47 tahun itu berasal dari Kuching, Sarawak menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Lianhe Wanbao, hari ini.

Pada 17 September 2015, wanita tersebut telah mengarahkan anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun untuk menaiki kapal terbang daripada Kuching ke Senai, Johor.

Dia kemudiannya membawa remaja itu ke sebuah hotel di Tebrau di mana mereka berdua bermalam di situ selama tiga hari.

Pada 20 September, wanita itu kemudiannya memberitahu anaknya bahawa seorang lelaki akan memasuki bilik itu dan mengarahkannya untuk memenuhi apa sahaja permintaan lelaki tersebut.

Remaja itu berkata bahawa dia enggan berbuat begitu, namun ibunya menyuruh supaya dia memberitahu lelaki itu sendiri.

Tidak lama selepas itu, wanita itu meninggalkan bilik berkenaan. Seorang lelaki masuk dan mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan itu, yang cuba untuk melawan sepanjang perlakuan terkutuk itu berlaku.

Selepas kejadian itu, wanita itu memasuki semula bilik tersebut, mengemas barangan anaknya dan seterusnya bawa remaja itu pulang ke Kuching.

Pada 6 Jun 2016, remaja itu memberitahu ayahnya tentang apa yang berlaku.

Bapanya bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, yang kemudiannya memberkas wanita itu pada 26 Ogos tahun sama.

Kata lelaki itu, dia dan anak perempuannya bersedia untuk memaafkan isterinya selagi wanita itu mengaku bersalah.

Menurut laporan akhbar China Press, penyiasatan polis mendapati suspek yang disyaki bernama Peter itu telah memberi wanita itu RM3,000 untuk melakukan hubungan seks dengan anaknya.

Bagaimanapun, Peter masih belum ditahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: daraIbujualKuching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd