• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam Di Florida

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI seekor buaya gergasi yang selamba berjalan merentasi semak samun berjaya dirakam Circle B Bar Reserve di Lakeland, Florida, Amerika Syarikat.

Reptilia yang dianggarkan seperti sepanjang sebuah van mini itu dirakam pada 15 Januari lalu oleh penduduk setempat dan menjadi sensasi menerusi laman Facebook.

Kelibat reptilia itu merangkak keluar dari semak samun tidak ubah seperti babak dalam filem dinosaur terkenal, Jurassic Park.

Menerusi video tersebut, beberapa individu dilihat sibuk merakam aksi buaya gergasi itu merangkak perlahan-lahan (slow motion) sebelum hilang di sebalik semak samun.

Buaya terbabit malah kelihatan seakan-akan tidak perasan dengan kehadiran orang ramai yang terkesima pula merakam aksi pergerakannya.

Seorang pengguna Facebook, Kim Joiner, sempat merakam sendiri kelibat buaya gergasi itu di hadapannya sebelum berkongsi di laman Facebook menyatakan keterujaannya melihat reptilia tersebut.

“Buaya-buaya di sini memang kerap merentas (ke paya lain), dan saya lihat yang ini sedang menghampiri, jadi saya tidak takut, saya hanya berikannya ruang. Haiwan ini hanya mahu merentas dari paya ke paya lain,” kata Joiner kepada portal Huffington Post.

Buaya Gergasi Rentas Semak Berjaya Dirakam Di Florida

Tahun lalu, sekumpulan pemain golf di Padang Golf Buffalo Creek, Florida, turut terkejut apabila seekor buaya besar tiba-tiba muncul merangkak di padang tersebut.

Buaya paling besar pernah ditangkap di Florida setakat ini berukuran kira-kira 4.6 meter dan berat 362 kilogram. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita MediaCorp

Tags: Buaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd