• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jumpa Wakil Gereja Isu RUU355

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Beberapa pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan wakil gereja Katolik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini untuk membincangkan mengenai cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355).

Penyelaras antara agama PAS, Abdul Rahman Kassim berkata, mereka yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Bishop Pulau Pinang, Datuk Rev Sebastian Francis dan aktivis sosial Anil Netto.

Beliau menambah bahawa pertemuan itu adalah kunjungan hormat Tuan Ibrahim untuk menunjukkan rasa hormat kepada agama lain dan bagi menjalin hubungan yang lebih baik.

“Kami membincangkan sedikit mengenai cadangan pindaan oleh PAS berhubung Akta 355 dan menjelaskan sebab-sebab kami ingin melakukannya.

“Gereja ini melahirkan kebimbangan terhadap pindaan itu, kita menjawab soalan-soalan mereka dan meyakinkan mereka bahawa tidak ada keperluan untuk orang bukan Islam bimbang,” kata Abdul Rahman selepas mesyuarat selama sejam di Gereja St Anne di sini.

Beliau berkata tiada sebarang keputusan itu dibuat pada mesyuarat itu kerana ia hanya satu majlis santai yang disifatkannya sebagai “berjaya”.

PAS merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan bagi menyokong Rang Undang-Undang Persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dibentangkan di Parlimen pada Mei tahun lepas.

Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan surat kepada parti itu untuk melarang perhimpunan tersebut. – mStar Online

Tags: GerejaPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd