• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertandingan 3 Penjuru Bukan Kerana Proksi UMNO

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak menyalahkan PAS jika berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pertandingan tiga penjuru bakal berlaku bukan kerana PAS proksi UMNO, tetapi kerana Pakatan Harapan mahu bertanding di kawasan yang pernah ditandingi atau dimenangi oleh PAS.

Justeru, Iskandar menafikan dakwaan Pakatan Harapan bahawa PAS merupakan proksi UMNO yang bertujuan memecahkan undi penyokong pembangkang.

“Apabila berlaku tiga penjuru kerana parti Pakatan Harapan memasuki kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum yang lepas, tidak wajar untuk menuding jari kepada PAS.

” Adalah tidak masuk akal PAS yang bersalah apabila parti-parti lain yang mengacau kerusi PAS. Tambahan pula jika konsep dua penjuru tidak lagi dihormati oleh parti-parti lain maka kenapa pula PAS perlu menghormatinya?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian bagi membalas usaha Pakatan Harapan sejak semalam bagi menimbulkan dakyah bahawa PAS merupakan sebuah parti sampah yang tidak boleh dipercayai dan bertujuan memecahbelahkan pembangkang.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Iskandar seterusnya menasihatkan pemimpin Pakatan Harapan terutama PAN supaya menghentikan serangan terhadap PAS, sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Harapan.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa kehadiran PAN telah menimbulkan kecelaruan kepada suasana politik negara.

Sehubungan itu, beliau meminta PAN supaya bergabung dengan DAP supaya dapat bertanding di kawasan DAP.

“Jika ini berlaku maka pemimpin-pemimpin PAN boleh diperuntukan kerusi-kerusi selamat DAP dan ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah,” katanya.

PAS diserang hebat oleh Pakatan Harapan bermula kelmarin berikutan keengganan PAS menyertai gabungan parti pembangkang yang dibarisi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Iskandar Abdul SamadPASPRU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd