• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Mayat Ditemukan Dalam Kejadian Bot Karam Di Mersing

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian bot karam di perairan Tanjung Rhu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing berkata sembilan mayat yang terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita itu dijumpai terdampar di pantai berhampiran.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, bot berkenaan dipercayai dinaiki 40 orang dari Batam, Indonesia untuk masuk ke negara ini sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

Katanya dua mangsa pula ditemui selamat terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 28 dan 20 tahun.

“Kami percaya ada lagi yang terselamat dan telah melarikan diri,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa yang terselamat dihantar ke Klinik Kesihatan Tenggaroh untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya anggota polis, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi berkenaan. – BERNAMA

Tags: bot karamMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd