• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Gagal Penuhi Kehendak Pihak Berkepentingan

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) gagal memenuhi kehendak dan cadangan pihak berkepentingan dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sehingga menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.

Ini merupakan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas siasatan selama kira-kira setahun terhadap projek itu, dan sekali gus mengesyorkan Jabatan Audit Negara membuat pengauditan menyeluruh ke atas pembinaan KLIA2.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek itu tidak mengikut perancangan asal untuk membina lapangan terbang tambang murah dan sebaliknya ditukar kepada konsep lapangan terbang hybrid tanpa mengambil kira keperluan pihak berkepentingan dan pengguna.

“MAHB tidak mengambil kira cadangan daripada beberapa pihak seperti Jabatan Imigresen dan AirAsia dalam pelan asal sehingga reka bentuk klia2 terpaksa diubah beberapa kali walaupun pembinaan telah bermula.

“Sepatutnya semua cadangan dan kehendak mereka dimasukkan sebelum pembinaan bermula,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, audit prestasi juga perlu dibuat terhadap MAHB serta model pembangunan KLIA2 dari segi perancangan, pelaksanaan dan kewangan.

Menurutnya, meskipun projek pembinaan KLIA2 menggunakan dana milik MAHB secara langsung dan tidak menggunakan dana awam, namun syarikat itu merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kami juga sedia maklum MAHB diaudit oleh firma audit antarabangsa tetapi ia hanya dari sudut kewangan sahaja dan bukan ke atas projek syarikat berkenaan.

“Wakil Jabatan Audit Negara ada dalam prosiding kami sepanjang siasatan dijalankan dan sudah maklum mengenai rumusan dan syor-syor PAC, jadi kami berharap ini dapat memudahkan mereka membuat penyiasatan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: KLIA2MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

Inisiatif QRT Imigresen Tangani Kesesakan Kaunter Di KLIA Dan KLIA2

01/02/2023
0

SEPANG : Penugasan anggota Pasukan Tindakan Pantas (QRT) Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu mempercepatkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd