Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Beruang Kutub Dirakam Sebelum...

INI mungkin antara salah satu rakaman video paling tragis dan menyayat hati yang...

1,877 Kes Baru, Dua...

Sebanyak 1,877 kes baru Covid-19 dilaporkan KKM semalam (2 Jun), menjadikan jumlah keseluruhan...

Kelab Media Pahang Tunai...

KUANTAN - Kelab Media Pahang (KMP) tidak ketinggalan terlibat dalam program ibadah korban...

Tiada Kes Difteria Dilaporkan...

JOHOR BAHARU — Tiada kes difteria dilaporkan setakat 10 tahun kebelakangan ini di...

MAHB Gagal Penuhi Kehendak Pihak Berkepentingan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) gagal memenuhi kehendak dan cadangan pihak berkepentingan dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sehingga menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.

Ini merupakan rumusan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas siasatan selama kira-kira setahun terhadap projek itu, dan sekali gus mengesyorkan Jabatan Audit Negara membuat pengauditan menyeluruh ke atas pembinaan KLIA2.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek itu tidak mengikut perancangan asal untuk membina lapangan terbang tambang murah dan sebaliknya ditukar kepada konsep lapangan terbang hybrid tanpa mengambil kira keperluan pihak berkepentingan dan pengguna.

“MAHB tidak mengambil kira cadangan daripada beberapa pihak seperti Jabatan Imigresen dan AirAsia dalam pelan asal sehingga reka bentuk klia2 terpaksa diubah beberapa kali walaupun pembinaan telah bermula.

“Sepatutnya semua cadangan dan kehendak mereka dimasukkan sebelum pembinaan bermula,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.


Nur Jazlan berkata, audit prestasi juga perlu dibuat terhadap MAHB serta model pembangunan KLIA2 dari segi perancangan, pelaksanaan dan kewangan.

Menurutnya, meskipun projek pembinaan KLIA2 menggunakan dana milik MAHB secara langsung dan tidak menggunakan dana awam, namun syarikat itu merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kami juga sedia maklum MAHB diaudit oleh firma audit antarabangsa tetapi ia hanya dari sudut kewangan sahaja dan bukan ke atas projek syarikat berkenaan.

“Wakil Jabatan Audit Negara ada dalam prosiding kami sepanjang siasatan dijalankan dan sudah maklum mengenai rumusan dan syor-syor PAC, jadi kami berharap ini dapat memudahkan mereka membuat penyiasatan,” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori