• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apabila Syarikat Usaha Selamatkan Kerjaya Pekerja

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA begitu banyak cabaran penyesuaian perlu dilakukan dalam usaha menangani penyederhaan ekonomi sejak 2013 hingga kini, sektor pengurusan korporat menghadapi pelbagai dilema.

Selain suasana perniagaan yang melalui period cukup menduga kerana krisis ekonomi tidak menentu, apa yang lebih prominan ialah menangani sikap dan perwatakan pekerja dalam mengharungi cabaran ini.

Dalam suasana yang kritikal pekerja dalam banyak keadaan masih menuntut pelbagai keistimewaan dan menekankan istilah hak pekerja dalam menuntut demand mereka.

Manakala pengurusan syarikat pula perlu melaksanakan pelbagai langkah drastik untuk memastikan nasib pekerja terjaga dan pada masa sama berjuang untuk bertahan dalam persekitaran semasa.

Pada sembilan bulan pertama 2017, terdapat 31,476 kes pemberhentian pekerja. Berdasarkan pecahan 17,051 atau 54.2 peratus melalui pemberhentian biasa, manakala 14,425 atau 45.8 peratus melalui pakej sukarela (VSS).

Sejenak, elok kita merenung semula pandangan dua tokoh organisasi yakni Cummings dan Worley (1993) mengenai asas profesionalisme pekerja dalam pola korporat. Budaya korporat dalam pandangan mereka: Merupakan sikap kerja harus dilaksanakan dan dinilaikan perkerja berdasarkan realiti syarikat.

Dalam konteks semasa, sudah tentu berkaitan dengan cabaran dan pengorbanan syarikat dalam usaha mengekalkan pekerja berdasarkan pertimbangan moral dan insani.

Bagi syarikat multi nasional – pembuangan pekerja antara langkah utama apabila berlaku kemelesetan pendapatan. Bagi syarikat konvensional yang sangat tradisional pula, usaha mengekalkan pekerja akan didahulukan berdasarkan tangungjawab kemanusiaan.

Banyak syarikat berorientasikan perniagaan adalah mangsa utama dalam persekitaran tidak menentu ekonomi sekarang. Senarai syarikat mega Top 500 yang mengepalai perniagaan dunia juga tidak lepas daripada krisis ini. Ratusan ribu pekerja dalam syarikat Top 500 kini kehilangan pekerjaan.

Malah, sebuah syarikat perbankan terkenal dunia semalam mengambil langkah drastik menamatkan khidmat 100 penjawat kanan di seluruh dunia.

Asasnya, walaupun kumpulan profesional kanan ini pernah menjana ratusan juta pendapatan, namun wujud takrifan lain: Mendapatkan tenaga baharu yang lebih kompetitif lebih menguntungkan. Kos gaji yang murah tetapi mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Justeru, pekerja perlu maklum. Langkah mengurangkan pekerja terutama sejak sistem kontrak diperkenalkan ketika krisis kemelesetan 1998 dan krisis sub prima 2010, menjadikan langkah penamatan kontrak pekerja adalah trend normal.

Namun, di negara ini terdapat syarikat masih berpegang pada kesanggupan melalui pelbagai cabaran bagi mengekalkan pekerja. Namun, impaknya pula tentulah pelbagai imbuhan dan faedah perlu dikurangkan. Pada masa yang sama juga, skop pekerjaan juga akan diluaskan bagi meningkatkan produktiviti.

Justeru, ia berbalik pada takrif Cummings dan Worley: Tahap kesedaran pekerja harus wujud dalam memahami fungsi organisasi ketika melaksanakan penyelesaian.

Bagi yang kekal bekerja, anda harus bersyukur dan berusaha bersama-sama syarikat dalam menyesuaikan diri pada period krisis yang mencabar. Ini kerana syarikat telah mengambil langkah paling berisiko: Menyelamatkan kerjaya anda!

Tags: pekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd